SIRAMAN ZIKRULLAH

Tuesday, March 10, 2009

MENGENALI TOKOH ILMUAN ISLAM= AL FARABI

Assalamualaikum kepada semua yang melayari blog ana.Pada kali ini ana ingin memperkenalkan kepada sahabat-sahabat sekalian seorang tokoh ilmuan islam yang banyak berjasa dalam bidang falsafah islam iaitu AL-FARABI....



Tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemikiran ahli falsafah Islam. Salah seorang ahli falsafah Islam yang terpengaruh dengan pemikiran kedua tokoh tersebut ialah Al-Farabi.Al-Farabi juga digelar sebagai Aristotle kedua.

Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy.Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Saif al-Daulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan dia hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.

Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Sebab itulah Al-Farabi hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 950M (339H).Walaupun Al-Farabi merupakan seorang yang zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli sufi. Beliau merupakan seorang ilmuan yang cukup terkenal pada zamannya. Dia berkemampuan menguasai pelbagai bahasa.

Selain itu, dia juga merupakan seorang pemuzik yang handal. Lagu yang dihasilkan meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain mempunyai kemampuan untuk bermain muzik, beliau juga telah mencipta satu jenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus.Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik, dan sejarah. Namun, keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih dalam bidang falsafah. Bahkan kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd.

Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan kedua-dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang kacau-bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur.Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab.

Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia.Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politlk. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna.Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana keduanya merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi. Dalam hal ini beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah.

Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali sebagai Aristotle kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-galanya dan para ilmuan harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara.Di samping itu, Al-Farabi juga mengemukakan banyak pandangan yang mendahului zamannya. Antaranya beliau menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat semula jadi manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala sifat semula jadi tersebut.

Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung dalam karyanya yang berjudul "Madinah al-Fadhilah". Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuhnya dalam karya " Ihsa* al-Ulum" dan "Kitab al-Jam".Terdapat dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi di zamannya. Buku-buku itu ialah "Kunci Ilmu" yang disiapkan oleh anak muridnya yang bernama Muhammad Al Khawarismi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-Ulum" yang diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim pada tahun 988M.

Al-Farabi juga telah menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam, yang diberikan judul "Al-Musiqa" dan dianggap sebagai sebuah buku yang terpenting dalam bidang berkenaan.Sebagai seeorang ilmuwan yang tulen, Al-Farabi turut memperlihatkan kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang perubatan. Walaupun kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikannya masyhur tetapi pandangannya telah memberikan sumbangan yang cukup bermakna terhadap perkembangan ilmu perubatan di zamannya.Salah satu pandangannya yang menarik ialah mengenai betapa jantung adalah lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan.

Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh. Banyak daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini. Sementara itu, pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji serta dibicarakan di peringkat universiti bagi mencari penyelesaian dan sintesis terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini.

WASSALAM.....

Sunday, March 1, 2009

AIR MATA KEINSAFAN

AIR MATA KEINSAFAN,YANG MENGALIR DIMALAM SEPI
INILAH DIA PELEMBUT JIWA,BAGI MENDAPAT KASIH ILAHI
RINTIHAN DI PERTIGA MALAM,DARI SEORANG HAMBA YANG DHOIF
KERNA MENGENANG SEGALA DOSA,MOGA MENDAPAT KEAMPUNAN DARI ILAHI
SETIAP KEKASIH ALLAH,MENEMPUHI JALAN INI
UNTUK MEREKA MEMILIKI KEJAYAAN.....
AYUH BERSAMA KITA SUSULI,PERJALANAN KEKASIH ALLAH
AGAR KITA TIADA RUGI,DALAM MENITI HIDUP INI..
DERAIAN AIR MATA INI,TITISAN YANG PALING BERHARGA
BUAT MENYIMBAH API NERAKA,MOGA SELAMAT DI TITIAN SIRAT
BAHAGIA MENUJU SYURGA ABADI...
AIR MATA KEINSAFAN,YANG MENGALIR DIMALAM SEPI
INILAH DIA PELEMBUT JIWA,BAGI MENDAPAT KASIH ILAHI.....

Friday, February 13, 2009

MENYAMBUT HARI VALENTINE DAY MENURUT PANDANGAN ISLAM

Assalamualaikum kepada semua yang melayari blog ana
Pada kali ini ana ingin membincangkan satu tajuk yang ana rasa cukup penting untuk kita mengetahui bersama iaitu:MENYAMBUT VALENTINE DAY MENURUT PANDANGAN ISLAM
Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu ana melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.

SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.

Ø Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Ø Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Ø Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Ø Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.


HUKUM MENYAMBUT VALENTINE DAY

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah ana paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyalurkan perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.
WASSALAM....

Monday, February 9, 2009

TAZKIRAH : MENGINGATI KEMATIAN

Assalamu'alaikum kepada semua yang melayari blog ana.Alhamdullillah syukur ana panjatkan kepada ALLAH kerana memberi peluang kepada ana untuk menulis pada saat ini.Sudah lama ana tidak memasukkan artikel-artikel terbaru didalam blog ana kerana sibuk dalam menempuh imtihan.Alhamdullillah imtihan sudah pun selesai lebih kurang 2 minggu lepas dan moga0moga ana mendapat kejayaan yang cemerlang..Amin.

Jadi dikesempatan ini ana ambil untuk menulis sedikit tazkirah tentang mengingati mati supaya menjadi peringatan untuk kita bersama insyaALLAH...Sesungguhnya setiap orang mengetahui bahawa dia akan mati,tidak ada seorang pun yang mengingkarinya. Tapi kenyataannya sedikit sekali yang mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian. Sebagian besar manusia berusaha melupakannya dengan berbagai hiburan dan kegiatan. Kematian menjadi misteri yang ditakuti. Padahal dengan perjalanan waktu, saat kematian semakin hampir dengan kita.Bagi mereka yang sedar,sesungguhnya mengingati akan kematian merupakan pendorong yang sangat kuat untuk mencapai kehidupan yang sempurna.

Lebih dari 160 kali kalimah kematian disebut dalam Al Qur'an. Mengapa peristiwa ini mendapat banyak perhatian dalam kitab Allah? Untuk menjawab pertanyaan ini mari kita perhatikan beberapa ayat yang mengandung kalimah kematian tersebut.

" Setiap jiwa akan merasakan kematian" (Ali Imran 185)
Ayat ini mengungkapkan fakta kematian sebagai suatu kenyataan. Tanpa menutupi ataupun menakuti, tetapi membicarakannya sebagai suatu peristiwa yang pasti terjadi, yang pasti akan kita alami. Pernyataan tersebut dilanjutkan dengan huraian mengenai apa yang akan kita hadapi setelah mati:

"Dan sesungguhnya hanya pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang diselamatkan dari api neraka dan dimasukkan kedalam syurga sesungguhnya dialah yang benar benar beruntung. Sesungguhnya kehidupan didunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan" (Ali Imran 185)

Sesungguhnya kematian bukanlah perjalanan terakhir dalam kehidupan kita.Masih ada kehidupan setelah mati, suatu kehidupan yang jauh lebih panjang dari kehidupan yang sekarang ini.
Tidak ada kesamaran ataupun keraguan dalam pesanan ini.Sesungguhnya hidup ini hanyalah sementara dan hanyalah suatu masa percubaan dan ujian saja. Setiap orang mendapat ujiannya masing-masing. Ada yang diuji dengan musibah kemalangan ada juga yang diuji dengan kesenangan didunia ini. Tapi pada akhirnya kita semua tanpa kecuali akan dinilai dan diberi ganjaran yang sesuai dengan hasil ujian ini. Dalam bahagian lain, ditegaskan pula bahwa tidak ada jalan keluar yang dapat menghindarkan kita dari kematian. Surah An Nisa ayat 78 memaparkan: "Dimanapun engkau berada, kematian akan menjumpaimu. Walaupun engkau berada didalam menara yang kukuh dan tinggi sekalipun."

Umur yang panjang tidak akan menghindarkan kita dari kematian. Tidak juga teman baik, kesihatan,wang mahupun pangkat. Semua itu tidak dapat menunda saat kematian kita.Demikianlah kematian itu, semua kita akan mengalaminya pada saat yang sudah dipastikan. Tak dapat ditunda walau hanya satu detik pun.

Islam, inilah satu-satunya yang dapat menyelamatkan kita dalam menempuh saat kematian. Allah memerintahkan agar kita tidak menjumpai kematian kecuali kita dalam keadaan muslim.Dan sesungguhnya kita tidak tahu bila kematian itu akan datang menjumpai kita.Bererti setiap saat kita harus selalu dalam keadaan muslim. Kita harus menjaga agar kita tetap muslim dalam bekerja, muslim ketika dirumah, baik diwaktu sendirian mahupun dalam masyarakat. Muslim waktu senang, dan muslim pada waktu ditimpa kesusahan. Pada setiap saat dan situasi hendaklah kita selalu dalam keadaan menyerah (Islam) kepada Allah, sehingga kalau waktu kematian itu datang,kita sudah siap dan dapat menghadapinya dengan tenang. Janganlah kita seperti orang yang digambarkan Allah dalam ayat berikut:

Wahai orang yang beriman janganlah kekayaan dan anak-anakmu mengalihkan perhatianmu dari mengingati Allah, agar engkau tidak menjadi orang-orang yang rugi.Dan nafkahkan sebagian dari harta yang kami berikan kepadamu sebelum datangnya kematian, sehingga engkau tidak berkata " Ya Tuhan, berikan kami tanguh beberapa saat. Nescaya aku akan bersedekah dan berbuat baik". Tapi tidak pada satu jiwapun Allah memberikan tangguh ketika saatnya sudah tiba. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang engkau perbuat. (al Munafiqun 63: 9-11)

Selalu mengingati mati,memaksa kita sedar akan terbatasnya waktu kita didunia dan membuat kita selalu ingat akan tugas kita, apa yang seharusnya kita lakukan didunia ini.Karena itulah Islam mengajarkan kepada kita agar sering melakukan ziarah kubur dan Islam juga menganjurkan kita untuk mengiringi mayat ke tanah perkuburan, membantu memandikan, dll. Disamping itu dengan membaca Al-Quran setiap hari,akan selalu membuatkan kita mengingatikan mati.Kesedaran dan ingatan akan kematian ini akan memberi kesan yang sangat mendalam bagi kita.Tidak ada lagi rasa ingin memiliki dunia. Tidak ada lagi rasa takut untuk menyampaikan kebenaran. Hilang pula rasa cemburu dan iri hati yang biasa muncul ketika melihat orang yang lebih beruntung dari kita. Dendam dan sakit hati dengan mudah akan berganti dengan maaf yang tulus ikhlas. Dalam sebuah kisah, Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa seseorang sahabat akan masuk syurga hanya karena sahabat ini selalu memaafkan semua orang setiap malam sebelum dia tidur. Hilang pula penyakit "wahn" (cinta dunia dan takut mati).

Untuk akhirnya ana memohon kepada diri ana & sahabat-sahabat semua agar berdoa kepada ALLAH supaya diterima segala amalan kita dan mengampunkan dosa-dosa kita yang telah LALU dan mintalah keampunan bagi mereka yang masih hidup dan yang sudah meninggal dunia.Semoga Allah memberi kita kesempatan untuk menemui kematian dengan sebaik-baik cara yang diredhaiNya, syuhada di jalanNya.AMIN.....
WASSALAM

Monday, December 29, 2008

SERANGAN ISRAEL KEATAS GAZA



ASSALAMUALAIKUM....
Hari kedua serangan Israel ke Gaza kononnya dengan alasan untuk menjatuhkan HAMAS. Jumlah penduduk Palestin yang terbunuh telah meningkat ke angka 282, 700 lagi cedera, 180 darinya mengalami kecederaan yang kritikal. Di Negara-negara Arab, rata-rata penduduk Arab juga termasuk Eropah mengambil pendekatan mengadakan demonstrasi di jalan-jalan bagi membantah, mengecam, dan mengutuk serangan Israel ke Gaza. Menurut sumber, 30 tempat di Gaza menjadi sasaran serangan udara Israel, terbaru kemungkinan akan berlaku serangan darat.Adakah Gaza bakal seperti Iraq, Afghanistan?
Seramai 6500 tentera Israel mengambil langkah berjaga-jaga sementara beberapa tempat di Gaza terus dibom Israel. Menurut sumber, pejuang Palestin turut melancarkan serangan roket yang dilaporkan telah jatuh ke Askalan, Ushdud dan Sderot, Israel. Saat ini, beberapa penduduk Arab di beberapa Negara-negara turun dijalanan bagi membantah serangan Israel ini.

Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel bertegas akan meluaskan lagi serangan ke Gaza bagi menjatuhkan HAMAS dan pada 28/12/08 israel membenarkan 30 trak yang membawa bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza melalui sempadan(perlintasan) Karem Abu Salim. Kapal Terbang Qatar yang membawa bantuan kemanusiaan telah sampai di Lapangan Terbang 'Arish semalam. Bagaimanapun, sehingga saat ini bantuan-bantuan tersebut belum lagi mendapat keizinan dari Mesir untuk dibawa masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah Mesir-Gaza. Jumlah penduduk Palestin yang terkorban meningkat ke angka 350 orang.

Serangan terbaru adalah di Beit Hanoun, Gaza. Helikopter Israel sedang melancarkan beberapa serangan ke atas beberapa buah tempat. Menurut sumber, serangan Israel itu ke arah pihak Kataib Izzuddin Al-Qassam merupakan sayap tentera HAMAS yang dilabelkan pengganas oleh Israel. Syarat-syarat yang dinyatakan oleh Amerika dan Israel bagi menghentikan serangan Israel ini adalah:

(1)HAMAS dan kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin Gazamesti kembali kepada persepakatan 'gencatan senjata' mengikut asas undang-undang antarabangsa.
(2)HAMAS dan kesemua kumpulan pejuang Palestin di Gaza mesti menghentikan serangan roket dan apa jua bentuk serangan ke atas Israel.


Semalam jurucakap HAMAS menyatakan bahawa kami tidak akan mengangkat bendera putih dan kami akan terus mempertahankan Gaza. Ismail Haniah(HAMAS), Perdana Menteri Kerajaan Palestin juga menegaskan bahawa kami akan tetap dengan pendirian kami sekalipun kami terbunuh, dimusnahkan dan seumpamanya. Kataib Izuddin Al-Qassam(sayap tentera HAMAS) dan kesemua kumpulan pejuang digesa mempertahankan Gaza dan melakukan serangan balas ke atas Israel.Penduduk Lubnan mengadakan tunjuk perasaan di hadapan bangunan Kedutaan Mesir di Beirut, Lubnan. Menurut sumber, pihak keamanan Lubnan bertindak meleraikan tunjuk perasaan itu dengan gas pemedih mata. Di Iraq (beberapa buah bandar)juga walaupun ditakluk Amerika, mereka juga mengadakan tunjuk perasaan menghujum serangan Israel.



Hasan Nasrullah menyatakan apa yang berlaku di Gaza juga sebagaimana yang berlaku di Lubnan(Israel serang Lubnan, 2006). Nasrullah juga menambah bahawa semua ini menuntut supaya tunduk kepada syarat-syarat yang telah dikemukakan Amerika dan Israel. Para penunjuk perasaan di Maghribi meminta Negara-negara supaya memutuskan sebarang hubungan dengan Israel. Di Jordan, para penunjuk perasaan membantah serangan Israel yang terangan membunuh penduduk Palestin Gaza, mereka menuntut agar duta Israel ke Jordan dipecat. Sementara itu, di Qatar para mahasiswa-mahasiswi Universiti Qatar mengadakan demonstrasi sebagai protes serangan Israel.


Protes besar-besaran di hadapan kedutaan Israel di London

Lagi demonstrasi dan tunjuk perasaan petang tadi. Di Turki, para penunjuk perasaan meminta supaya memutuskan sebarang hubungan dengan Israel, sementara itu Perdana Menteri Turki turut mengecam Israel.Di Denmark, Norway dan Sweden juga ada tunjuk perasaan membantah dan memprotes serangan Israel ke Gaza.Terkini 2 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan terbaru di tempat yang berbeza di Gaza. Menurut sumber, beberapa buah bangunan yang berhampiran Universiti Islamiah Gaza mengalami kerosakan akibat serangan Israel sebentar tadi. Antaranya adalah bangunan asrama.
Tolong berjaga-jaga dan jangan terpengaruh dengan sebarang propaganda yang menyatakan HAMAS punca semua ini. Setakat ini, Amerika dan Israel yang keluarkan kenyataan seperti itu, namun ada menteri arab juga yang keluarkan kenyataan sebagaimana Amerika dan Israel. Musuh yang nyata sekarang ini adalah Israel dan Amerika, juga sesiapa sahaja yang bersekongkol. Siang tadi berlaku beberapa kecaman terhadap HAMAS ketika satu sidang akhbar menteri-menteri Arab di Kaherah dan sesungguhnya angka kematian penduduk Palestin akibat serangan Israel meningkat ke 350, manakala 800 lagi cedera termasuk kritikal.

p/s : Sesungguhnya kita semua umat ISLAM hendaklah memperbanyakkan doa dan solat hajat supaya ALLAH melindungi saudara-saudara kita di Palestin dan menghancurkan tentera-tentera Israel laknatullah...AMIN

WASSALAM...

Saturday, December 27, 2008

KEUTAMAAN BULAN MUHARRAM DAN HARI ASYURA

Assalamualaikum kepada semua yang melayari blog ana.Pertama-tamanya ana ingin mengucapkan syukur kepada ALLAH kerana memberi kesempatan pada ana untuk menulis satu artikel yang ana rasa amat penting bagi kita semua iaitu KEUTAMAAN BULAN MUHARRAM DAN HARI ASYURA.Ana menulis artikel ini memandang bulan muharram akan tiba tidak lama lagi.Jadi kita sebagai umat islam haruslah mengetehui kelebihan-kelebihan yang ada dalam bulan-bulan islam untuk meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada ALLAH.
Sesungguhnya bulan muharram adalah bulan yang paling awal dalam kalendar Hijriah dan sesungguhnya muharram menjadi salah satu dari empat bulan suci yang tersebut dalam Al-Quran.Keempat bulan itu adalah Zulqaidah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab.Semua ahli tafsir bersepakat tentang hal ini kerana Rasululullah S.A.W telah mengatakan pada hajinya yang terakhir "Satu tahun terdiri dari dua belas bulan, empat di antaranya adalah bulan suci. Tiga di antaranya berturutan yaitu Zulqaidah, Zulhijjah, Muharram dan ke empat adalah bulan Rejab."
Selain keempat bulan khusus itu, bukan bererti bulan-bulan lainnya tidak memiliki keutamaan dan keistimewaan,kerana masih ada bulan Ramadhan yang diakui sebagai bulan paling suci dalam satu tahun.Keempat bulan tersebut secara khusus disebut bulan-bulan yang disucikan oleh ALLAH karena ada alasan-alasan yang khusus,bahkan para penganut paganisme di Makkah mengakui keempat bulan tersebut disucikan.Pada dasarnya setiap bulan adalah sama antara satu sama lain dan tidak ada perbezaan dalam kesuciannya jika hendak dibandingkan dengan bulan- bulan yang lain kerana ketika Allah S.W.T memilih bulan khusus untuk menurunkan rahmatnya, maka Allah S.W.T lah yang memiliki kebesaran itu atas kehendakNya.



KEUTAMAAN BULAN MUHARRAM DAN HARI ASYURA
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:"Ibadah puasa yang paling baik setelah puasa Ramadhan adalah berpuasa di bulan Muharram.Meskipun puasa di bulan Muharram bukan puasa wajib,tetapi mereka yang berpuasa pada bulan Muharram akan mendapat pahala yang besar disisi Allah S.W.T khususnya pada 10 Muharram yang dikenal dengan hari Asyura.Ibnu Abbas mengatakan, ketika Nabi Muhammad S.A.W berhijrah dari Makkah ke Madinah, beliau menjumpai orang-orang Yahudi di Madinah yang kebiasaannya berpuasa pada 10 Muharram.Menurut orang-orang Yahudi itu,10 Muharram bertepatan dengan hari ketika Nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan dari dikejar oleh bala tentara Firaun dengan melewati Laut Merah, sementara Firaun dan tentaranya ditenggelamkan oleh ALLAH S.W.T.
Mendengar tentang hal ini, Nabi Muhammad S.A.W mengatakan:"Kami lebih dekat hubungannya dengan Musa daripada kalian" dan seterusnya Nabi Muhammad S.A.W menyarankan agar umat Islam berpuasa pada hari Asyura dan kebiasaannya umat Islam diwajibkan berpuasa pada hari Asyura namun selepas itu berpuasa pada hari Asyura menjadi sunat dan berpuasa dibulan ramadhan menjadi wajib keatas semua umat islam.Abdullah Ibn Mas'ud mengatakan:"Nabi Muhammad lebih memilih berpuasa pada hari Asyura berbanding pada hari lainnya dan lebih memilih berpuasa pada bulan Ramadhan berbanding puasa pada hari Asyura." (HR Bukhari dan Muslim).
Beberapa hadith menyarankan agar umat islam berpuasa pada hari Asyura diikuti oleh berpuasa satu hari sebelum atau sesudah puasa hari Asyura, alasannya seperti yang diungkapkan oleh Nabi Muhammad S.A.W sesungguhnya orang Yahudi hanya berpuasa pada hari Asyura saja dan Rasulullah ingin membezakan puasa umat Islam dengan puasa orang-orang Yahudi. Oleh sebab itu, baginda menyarankan agar umat Islam berpuasa pada hari Asyura ditambah berpuasa satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya(tanggal 9 dan 10 Muharram atau tanggal 10 dan 11 Muharram.Selain berpuasa, umat Islam disarankan untuk memperbanyakkan bersedekah dan menyediakan makanan untuk keluarganya pada 10 Muharram.Sesungguhnya tradisi ini memang tidak disebut dalam hadith, namun ulama' seperti Baihaqi dan Ibnu Hibban menyatakan bahawa menyediakan makanan pada 10 muharram itu boleh dilakukan.
Selain itu terdapat anggapan-anggapan yang salah tentang bulan Muharram seperti kepercayaan bahawa bulan Muharram adalah bulan yang tidak membawa keuntungan, kerana Saidina Hussain terbunuh pada bulan itu.Akibat adanya anggapan yang salah ini, ramai umat Islam yang tidak melaksanakan pernikahan pada bulan Muharram dan melakukan upacara yang khusus sebagai satu tanda berduka-cita atas tertewasnya Saidina Hussain dalam peperangan di Karbala dengan disertai ritual merobek-robek baju atau memukul dada sendiri dan sesungguhnya kelakuan ini dilakukan oleh pengikut-pengikut yang dikenali sebagai Syiah.Sesungguhnya Nabi Muhammad melarang umatnya melakukan upacara berduka-cita atas peninggalan seseorang karena tindakan itu adalah warisan orang-orang pada zaman jahiliyah.Rasulullah S.A.W bersabda: "Bukanlah termasuk dari umatku orang yang memukuli dadanya, merobek bajunya dan menangis seperti orang-orang pada zaman jahiliyah."
Sesungguhnya bulan Muharram juga adalah bulan pertama dalam sistem kalendar Islam. Kata Muharram membawa maksud 'dilarang'.Sebelum datangnya ajaran Islam, bulan Muharram sudah dikenali sebagai bulan suci dan pada bulan ini dilarang untuk melakukan hal-hal seperti peperangan dan pertumpahan darah.
Sesungguhnya dengan apa yang tersebut di atas,membuktikan bahawa bulan Muharram banyak memiliki keistimewaan,khususnya pada tanggal 10 Muharram dan untuk akhirnya ingin ana mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk memperbanyakkan amalan pada bulan muharram dengan berpusa sunat dan juga memperbanyakkan sedekah moga-moga segala amalan kita diterima oleh ALLAH S.W.T...Amin.
WASSALAM.....

Thursday, December 25, 2008

AKU INSAN KERDIL DIBUMI ANBIYA'

INILAH LUAHAN HATIKU....
Sesungguhnya aku adalah diantara hambaNYA yang sering lalai dimuka bumi ini,
Aku akui kelemahanku jarang sekali sujud pada yang Maha Pencipta,
Aku berasa amat kagum melihat ada dikalangan rakan-rakanku yang sering kali sujud
dikedinginan pagi.

Sepanjang ku belajar dibumi anbiya' yang penuh berkah dan penuh dengan lautan ilmu,
aku dapati hambaNYA sentiasa sujud dimana-mana ruang yang ada semata-mata untuk
menuruti salah satu dari rukun solat,
SUBHANALLAH....sungguh hebat mereka ini.

Aku berasa amat bertuah kerana dapat menjejakkan kaki dibumi anbiya' ini demi
mengutip mutiara-mutiara ilmu yang berada dibumi anbiya' ini,
ALHAMDULLILLAH....syukur ku panjatkan padaMU YA ALLAH Tuhan sekalian alam.

Ya ALLAH sungguh nipis imanku kerana semakin aku lalai & alpa,semakin murah rezeki
yang ALLAH berikan padaku,
Sesungguhnya aku sedar,ALLAH Maha Pengasih dan Maha Penyayang keatas setiap
hambaNYA,walaupun aku sentiasa leka dengan dunia yang tidak kekal ini,aku
bersyukur aku dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur serta mempunyai kesihatan yang
baik,ALHAMDULLILLAH segala puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam.



Aku teringat pada kata-kata Saidina Ali bin Abi Talib:Tiada nikmat yang paling besar
didunia ini melainkan nikmat kesihatan tubuh badan dan panjang umur.
Syukur ku panjatkan pada Rabbul Jalal...

Oh Tuhan sesungguhnya aku insan yang kerdil dibumiMU dan sesungguhnya aku memohon
padaMU agar dibukakan pintu hidayahMU padaku dan aku memohon ampun atas segala
dosa-dosa yang telah aku lakukan kerana Engkaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang...




Sebelum aku mengakhiri luahan hatiku ingin aku menukilkan bait-bait lagu nasyid yang
didendangkan oleh kumpulan In-Team iaitu DAMBA KASIH kerana sesungguhnya lagu ini
banyak memberi keinsafan padaku,hayatilah susunan bait-bait dalam lagu ini...

...Semakin jauh ku dariMU,Semakin dekat pula KAU menghampiri daku,
...Oh Tuhan yang Maha Pengasih,siapalah diriku dipandanganMU,
...Semakin cuba ku dekati,semakin kuat pula KAU mendugai aku,
...Oh Tuhan yang Maha Sempurna,kerdilnya diriku dihadapanMU,
...Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMU,
...Sudikah KAU menerima hambaMU yang hina ini,
...Ya ALLAH KAU Maha Pengampun,
...Dibayangan mentari aku kealpaan dusta dunia penuh kepura-puraan,
...Dikala dini hari aku kepasrahan mendamba jernih embun kasih sayangMU oh Tuhan,
...Andainya dihitung amalanku,
...Belum pasti dapatku hampiri gerbang syurgaMU,
...Oh Tuhan yang Maha Pemurah,hindari diriku dari siksamu,oh Tuhan..,
...Kasih sayangMU Tuhan itu yang ku dambakan,
...Dengan rahmatMU ampunilah diriku.....

Akhirnya aku memohon pada ALLAH moga-moga aku sentiasa dilindungi dari segala ujian
dan cubaan semasa berada dibumi anbiya' ini dan aku memohon padaNYA moga-moga aku
menjadi insan yang soleh dan taat pada perintah ALLAH serta berjaya didunia dan
diakhirat.AMIN.........