SIRAMAN ZIKRULLAH

Monday, December 29, 2008

SERANGAN ISRAEL KEATAS GAZA



ASSALAMUALAIKUM....
Hari kedua serangan Israel ke Gaza kononnya dengan alasan untuk menjatuhkan HAMAS. Jumlah penduduk Palestin yang terbunuh telah meningkat ke angka 282, 700 lagi cedera, 180 darinya mengalami kecederaan yang kritikal. Di Negara-negara Arab, rata-rata penduduk Arab juga termasuk Eropah mengambil pendekatan mengadakan demonstrasi di jalan-jalan bagi membantah, mengecam, dan mengutuk serangan Israel ke Gaza. Menurut sumber, 30 tempat di Gaza menjadi sasaran serangan udara Israel, terbaru kemungkinan akan berlaku serangan darat.Adakah Gaza bakal seperti Iraq, Afghanistan?
Seramai 6500 tentera Israel mengambil langkah berjaga-jaga sementara beberapa tempat di Gaza terus dibom Israel. Menurut sumber, pejuang Palestin turut melancarkan serangan roket yang dilaporkan telah jatuh ke Askalan, Ushdud dan Sderot, Israel. Saat ini, beberapa penduduk Arab di beberapa Negara-negara turun dijalanan bagi membantah serangan Israel ini.

Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel bertegas akan meluaskan lagi serangan ke Gaza bagi menjatuhkan HAMAS dan pada 28/12/08 israel membenarkan 30 trak yang membawa bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza melalui sempadan(perlintasan) Karem Abu Salim. Kapal Terbang Qatar yang membawa bantuan kemanusiaan telah sampai di Lapangan Terbang 'Arish semalam. Bagaimanapun, sehingga saat ini bantuan-bantuan tersebut belum lagi mendapat keizinan dari Mesir untuk dibawa masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah Mesir-Gaza. Jumlah penduduk Palestin yang terkorban meningkat ke angka 350 orang.

Serangan terbaru adalah di Beit Hanoun, Gaza. Helikopter Israel sedang melancarkan beberapa serangan ke atas beberapa buah tempat. Menurut sumber, serangan Israel itu ke arah pihak Kataib Izzuddin Al-Qassam merupakan sayap tentera HAMAS yang dilabelkan pengganas oleh Israel. Syarat-syarat yang dinyatakan oleh Amerika dan Israel bagi menghentikan serangan Israel ini adalah:

(1)HAMAS dan kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin Gazamesti kembali kepada persepakatan 'gencatan senjata' mengikut asas undang-undang antarabangsa.
(2)HAMAS dan kesemua kumpulan pejuang Palestin di Gaza mesti menghentikan serangan roket dan apa jua bentuk serangan ke atas Israel.


Semalam jurucakap HAMAS menyatakan bahawa kami tidak akan mengangkat bendera putih dan kami akan terus mempertahankan Gaza. Ismail Haniah(HAMAS), Perdana Menteri Kerajaan Palestin juga menegaskan bahawa kami akan tetap dengan pendirian kami sekalipun kami terbunuh, dimusnahkan dan seumpamanya. Kataib Izuddin Al-Qassam(sayap tentera HAMAS) dan kesemua kumpulan pejuang digesa mempertahankan Gaza dan melakukan serangan balas ke atas Israel.Penduduk Lubnan mengadakan tunjuk perasaan di hadapan bangunan Kedutaan Mesir di Beirut, Lubnan. Menurut sumber, pihak keamanan Lubnan bertindak meleraikan tunjuk perasaan itu dengan gas pemedih mata. Di Iraq (beberapa buah bandar)juga walaupun ditakluk Amerika, mereka juga mengadakan tunjuk perasaan menghujum serangan Israel.



Hasan Nasrullah menyatakan apa yang berlaku di Gaza juga sebagaimana yang berlaku di Lubnan(Israel serang Lubnan, 2006). Nasrullah juga menambah bahawa semua ini menuntut supaya tunduk kepada syarat-syarat yang telah dikemukakan Amerika dan Israel. Para penunjuk perasaan di Maghribi meminta Negara-negara supaya memutuskan sebarang hubungan dengan Israel. Di Jordan, para penunjuk perasaan membantah serangan Israel yang terangan membunuh penduduk Palestin Gaza, mereka menuntut agar duta Israel ke Jordan dipecat. Sementara itu, di Qatar para mahasiswa-mahasiswi Universiti Qatar mengadakan demonstrasi sebagai protes serangan Israel.


Protes besar-besaran di hadapan kedutaan Israel di London

Lagi demonstrasi dan tunjuk perasaan petang tadi. Di Turki, para penunjuk perasaan meminta supaya memutuskan sebarang hubungan dengan Israel, sementara itu Perdana Menteri Turki turut mengecam Israel.Di Denmark, Norway dan Sweden juga ada tunjuk perasaan membantah dan memprotes serangan Israel ke Gaza.Terkini 2 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan terbaru di tempat yang berbeza di Gaza. Menurut sumber, beberapa buah bangunan yang berhampiran Universiti Islamiah Gaza mengalami kerosakan akibat serangan Israel sebentar tadi. Antaranya adalah bangunan asrama.
Tolong berjaga-jaga dan jangan terpengaruh dengan sebarang propaganda yang menyatakan HAMAS punca semua ini. Setakat ini, Amerika dan Israel yang keluarkan kenyataan seperti itu, namun ada menteri arab juga yang keluarkan kenyataan sebagaimana Amerika dan Israel. Musuh yang nyata sekarang ini adalah Israel dan Amerika, juga sesiapa sahaja yang bersekongkol. Siang tadi berlaku beberapa kecaman terhadap HAMAS ketika satu sidang akhbar menteri-menteri Arab di Kaherah dan sesungguhnya angka kematian penduduk Palestin akibat serangan Israel meningkat ke 350, manakala 800 lagi cedera termasuk kritikal.

p/s : Sesungguhnya kita semua umat ISLAM hendaklah memperbanyakkan doa dan solat hajat supaya ALLAH melindungi saudara-saudara kita di Palestin dan menghancurkan tentera-tentera Israel laknatullah...AMIN

WASSALAM...

No comments:

Post a Comment